featured post

1 2

Tuesday, March 24, 2009

kali pertama memang indah

briyani shahab. ayam penyet. lamb chop taman tun. cis kek. sup gear box. mencuri dan ditangkap pertama kali.

rasa terbang melayang







aku rindu perasaan pertama kali mahu bercakap dengan dia

*waktu aku rihes sepuluh kali (sepatutnya lebih) depan cermin dengan sepuluh ekspresi dan sepuluh antonasi berbeza. dan sepuluh kali aku fikirkan joke yang kononnya akan meretakkan ais ais dingin awkward perkenalan. dan bila jumpa:

terdiam terbangang


aku rindu perasaan pertama kali mahu pegang tangan dia

*waktu aku bayangkan ada semacam tenaga elektrik yang mengalir terus dari hati aku ke tangan dia dan kononnya dia akan tersentak kononnya i'm the one kononnya hidup telenovela

tersenyum girang









sekarang kenapa semua dah hilang rasa. hambar saja takda jiwa? hati aku kering kah? atau kali pertama memang indah?
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 hoi: on "kali pertama memang indah"