yang aku terlintas dan tiupkan pada bintang jatuh malam tadi harap harap jadi kenyataan
[1]
puak minoriti yang selalu terabai, secara besar besaran menyerang pusat pemerintahan berdasarkan komplot yang telah dirancang sejak menonton muvi fight club dan terpengaruh sangat sangat. arakian, darurat dan tidak dibenarkan keluar selama seminggu.
[2]
hujan ribut petir taufan meniupkan bumbung fakulti- kalau bukan semua, kurang kurang cuma yang tepat di atas tempat presentasi- dan mengambil masa seminggu mahu di cantik elokkan. bilik lain semua sudah ditempah, dan bawah pokok tidak evelebel.
[3]
tiga daripada empat panel tidak dapat hadir kerana ke beijing, dubai dan simpang renggam. satu satunya panel yang ada rasa malas dan tak giverfak. jadi tunda ke minggu hadapan
[4]
jentera piling di sebelah blok tempat presentasi meletup kerana di sabotaj tikus intellijen. keseluruhan blok rabak dan compang camping. perlukan masa lama mahu restorasi. presentasi ditunda sebagai menghormati kereta ketua kampung yang tercalar.
ok cukup. idea aku kering. minda keracunan sketch up jadi tak boleh fikir lebih dari budak enam tahun (biasanya pemikiran kami setara)
amin.
*kau tak sepatutnya mintakan kemusnahan. bumi akan terus berputar walaupun tanpa dunia kau yang kecil dan sempit tu
*ah. aku stress. bukan masanya untuk aku buat yang sepatutnya.
0 hoi: on "fantasi morbid"
Post a Comment