featured post

1 2

Tuesday, January 19, 2010

mengidam

aku teringin la satu hari nanti, aku akan buat pengumuman di blog:
aku akan start dengan ayat biasa:

hear ye, hear ye,

dan kemudian aku akan tulis, mungkin dengan font arial saiz 10 (walaupun aku lebih prefer helvetica sebab lebih ringkas dan kurang lengkuk tak macam arial bodoh, tapi blog aku cuma ada 4 pilihan font saja) :

kepada semua pembaca blog ini, aku mahu kamu saling kenal kenal.

sebab aku rasa blog sepatut jadi medan perkenalan bagi mereka mereka yang socially awkward dan rasa tak selesa bercakap muka-ke-muka dengan orang tak dikenali:

aku mahu kenal kamu semua lebih dari satu perenggan komen kamu.

jadi beginilah aku akan mula berkenalan dengan semua pengguna internet. atau mungkin bukan semua pengguna internet. realistiknya lebih kepada pembaca blog ini. itupun mungkin bukan semua:

jadi beritahu aku di mana kamu dan apa passion kamu.

dan aku akan mula break the ice dengan ceritakan aku di kuala lumpur dan passion aku design. Kemudian mereka mungkin rasa lebih selesa dan mula bercerita tentang diri masing masing:



[,]

tapi memanglah aku akan mula buat ni bila pembaca blog ni dah jadi 50,000 ke atas. waktu tu susah sangat aku nak keep track follower aku. sebab aku dah jadi selebriti internet. sensasi terbaru dunia maya.

waktu tu 800 tahun lagi.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 hoi: on "mengidam"