featured post

1 2

Friday, December 4, 2009

masa

semalam aku bergaduh dengan masa. ya masa. aku kata masa lambat sangat. tak relevan dengan dunia aku yang laju. buatkan aku mengantuk dan tak konstruktif. aku boleh menunggu terlalu lama, berhenti bernafas, mati dan masa masih pegun. lambat sangat, aku kata.

,
hari ini aku bergaduh dengan masa. ya masa. laju sangat aku kata. belum sempat pun aku mahu rasa gremolata lamb with apple, cheese & honey thyme vinaigrette tu, belum sempat pesan pun lagi, belum sempat duduk lagi, hell, belum sempat kaki aku langkah ke dalam kedai makan tu lagi, dan masa dah berkerincing katakan aku sudah lambat. sekarang sudah masuk waktu kerja sesi petang dan masa aku sudah habis terpakai.

,
aku dah penat bergaduh. aku dah terlalu dewasa untuk bergaduh. aku diamkan. memaksa kaki kiri mengejar kaki kanan, dan kaki kanan mengejar pavement jalan. hari ini cerah, matahari tersenyum awan jarang jarang lalu menunduk sopan memberi salam.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 hoi: on "masa"