Aminuddin tak dapat fokus dah. betul berserabut. dan dia langsung tak terangsang tonton pornografi ni, sedangkan dia patut.
kerana normaliti mengatakan dia patut.
Waktu perempuan dalam skrin komputer tu sibuk mengangkang untuk lelaki ke-5, satu satunya perkara di kepala Aminuddin (dan satu satunya perkara yang tak sepatutnya ada di kepala Aminuddin sekarang ini) cumalah:
'apa yang perempuan tu fikirkan?'
dan imajinasi dan spekulasi merawang. Aminuddin dapat agak mesti bukan fikirkan tentang aiskrim, atau anak patung beruang, atau berlari di karnival sambil tangan pegang gula kapas melintas bawah pelangi. mesti bukan tu.
atau mungkin fikirkan tentang baju belum diangkat sedangkan di luar sudah mula mendung?
oh ya. mesti itu. heh, perempuan. minda tipikal.
Aminuddin tak dapat fokus betul. Dari tadi dia asyik baca mukasurat yang sama dari buku yang sama. dan dari tadi dia masih di baris yang sama dari perenggan yang sama. dan esok ada peperiksaan. Aminuddin tak patut pun tengok pornografi ni waktu study.
kerana adabsusila mengatakan tak patut.
di skrin komputer, sekarang sudah lelaki ke-6 dan 44 orang lagi sedang menunggu giliran.
4 hoi: on "tidak tipikal"
kid kenapa tak ada orang komen selain aku?
kid, kenapa tak selalu update. update update. boring.
ah banyaknya soalan.
1) sebab takda orang lain yang tau pasal tempat ni kecuali kau.aku tak rasa nak bagitau orang sebab ini tempat rahsia. aku tak tau pun macam mana kau boleh jumpa tempat ni. jadi kau mesti juga shhhh...
2) "kerja seni ini perlukan masa"
yang benar,
scott
siti naqib.
Post a Comment