aku seluk di langit
aku celahkan awan
mahu pinjam satu bintang
jadi kalungan
aku langkahkan laut
aku kuiskan pantai
nyawa aku gadai
tak takut
pijak bara api
injak pokok duri
aku ini berani
aku ini berahi
belah dada
kau lihat hati
ambil nyawa
biar aku mati
ah, perempuan -permintaan melebih tuhan
aku bagi kalau senyum kau dapat cahayakan satu dunia
puas?
your smile lights up my world, katanya
0 hoi: on "versi pendek dan murahan"
Post a Comment