terkulat kulat.
senyum kambing.
Alice yang menanti kata balas tok guru didepannya tersentak. semalam dia tak tidur. mahu beri terbaik, mahu jadi contoh, mahu di tepuk tangan dijulang di dewa. dan mestinya sekarang dia menanti jawapan yang paling indah manis enak lunak dibawa ke mimpi di ulang terngiang untuk satu hari.
'what the hell yang kau buat ni. aku tak faham'
betul betul tersentak Alice tu.
sudah diajarkan jangan memintakan langit kalau tak terjagakan. jangan memintakan syurga kalau berkawan dengan syaitan.
degil sangat Alice tu. degil sangat. dan bodoh
heh, kalaulah tidak terikat norma kesantunan, wajib dijeritkan pada telinga telinga skeptis itu setelah dicucuhkan bara api an-nahar dipinjam dari mulut ababil:
'tau tak kau semalam aku dah kejarkan arnab putih gebu tu. berbaju kot berjam randik. kononnya menjanjikan aku fantasi anak anak yang aku betul mahukan. dia lompat dan aku lompat. dia lari dan aku kejar. dia bersiul dan aku nyanyikan. gembira kami, gembira betul. aku terjatuh dan tersadung, melecet dan kepenatan. dia berhenti dan dia kata:
aku dah tipu kau Alice yang bodoh. mana ada dunia fantasi yang kau mahukan
heh, aku sembelih dan makan mentah mentah.
seraya, datang lagi seekor. lebih putih lebih gebu. sama janjinya sama aku percaya.
penamat cerita: heh, aku sembelih dan makan mentah mentah.
dan seterusnya dan seterusnya ilal likaq.
heh,
tau tak dalam sepuluh arnab yang aku bontotkan tu tak ada satu pun yang betul. dalam sepuluh arnab yang aku makankan belum sampai aku ke dunia itu. kenyang tak membawa ke syurga maderfaker.
sekarang aku masih tunggu seekor lagi, melompat lompat di lorong kuning itu menuntun aku ke dunia superfisial yang seperti aku igaukan '
Alice terikat dengan norma kesantunan. dan bukannya semua perkara perlu dijelaskan. defensif cuma pernyataan kesalahan.
hari ni
gelak Alice berbau hamis
mulut bersenyum
hati menangis
0 hoi: on "Alice di alam fantasi"
Post a Comment