featured post

1 2

Thursday, March 5, 2009

budak budak memang comel

petang dua hari lepas, joshua yang masih kecil itu cuba cuba bertanya bapanya:

ayah, aku mahukan kebolehan untuk buat semua orang gembira. aku mahu bila aku muncul, sekonyong konyong juga pelangi akan terus terlukis di langit dan rama rama akan berterbangan belakang kepala aku. Sambil aku bercakap akan turun hujan gula gula dari pelbagai warna mengikut intonasi percakapan aku. dan bermacam saiz dan jenis. dan aku mahu bila aku menyanyi kepada kawan kawan yang memuja kehadiran aku, burung burung berwarna biru muda akan terbang di kepala aku dan hinggap di bahu aku. rusa bertompok kecil yang comel itu akan duduk bersimpuh di tepi aku sambil menggelengkan kepala dan bersiul lagu kami.

aku mahu menghembuskan nafas nafas kegembiraan sahaja.

aku mahu itu ayah. bolehkan?



tiga hari bapanya tidak tidur berfikirkan permintaan anaknya. tiga hari dan tiga malam. masuk hari keempat bapanya berkata:

joshua, joshua. aku dah tahu bagaimana kau boleh begitu. kau pakai hidung bulat besar merah ini, dan rambut kembang warna pelangi ini, dan kasut besar merah ini. sebentar, sebentar...

nah, jadilah badut!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 hoi: on "budak budak memang comel"