featured post

1 2

Saturday, February 28, 2009

masochism

nanti aku akan seluk tangan kanan aku, lepas aku dah basuh bersih bersih. aku akan gagau ke dalam dada, cuba menyelit di celah celah rusuk untuk mencari hati. aku akan rasa betul betul, masih suam atau basah, kerana aku rasa sudah kering semuanya bila aku berikan anjing anjing liar -yang aku jumpa tahun lepas dan aku mandikan bersabun dan aku pakaikan wangian supaya tidak jelek- jilat dan minum. dan aku akan *berhati hati* cantaskan setiap urat dan arteri dan vena yang masih mengikat kejap hati aku. sangat berhati hati sebab sakit. dan aku tak mahu infeksyen nanti.

dan aku akan tarik keluar perlahan lahan. melalui celah rusuk jalan aku masuk tadi kalau boleh, sangat berhati hati, supaya tak rosak terhenyak kerana rusuk aku sempit. atau lebih mudah, aku masukkan tangan kiri ke dalam anak tekak, deep throat tangan sendiri dan aku sambut hati yang sudah putus itu. aku tarik keluar dari mulut sambil sikit sikit darah keluar dari hidung dan mata akan berair sebab sangat sakit.

dan aku akan bersihkan darah darah yang masih melekat kat situ, aku basuh sikit ala kadar supaya nampak jelas. mungkin juga aku keringkan nanti, balut kemas dengan tuala putih dan perlahan lahan aku letak ke lantai depan aku. betul betul depan aku.

kawan kawan dah sedia?

okey sekarang aku akan kira: satu

dua

tiga

dan bila habis saja aku sebut 'ga' dari perkataan 'tiga' tu nanti kawan kawan dah boleh terus lari, rebut rebut, dan pijak ramai ramai biar hancur biar berkeping. biar tinggal sisa sisa biar nanti aku pek dan tambah perisa aku jadikan makanan anjing. boleh juga kalau nak bawa peralatan tajam pisau dan gunting, terus saja tusuk tikam potong kecil kecil bitesize. senang nanti.









hari ni tersedar aku masih boleh menangis, ada perasaan dan bukan robot
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 hoi: on "masochism"

Ili Khalil said...

Menangis tak bermaksud lemah. Menangis buat kita lega, terlepas satu beban di dada.

karut said...

setuju

tapi satu hari akan rasa layu. menangis itu memenatkan emosi





dan menyegankan

Ili Khalil said...

Ikut persepsi. Ada orang lagi suka menangis. Ada orang lagi suka simpan, hujung-hujung baru menangis.

Aku, memang Ratu Air Mata. Tapi kat bilik je lah.